MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Penawar bagi hati...Taubat (2)

Kata ALLAH,"Di antara tanda orang beriman ialah dia boleh memaafkan orang yang yang menyakitinya."

[ Menurut Imam Ghazali r.a. bahwa orang yang memberi kemaafan kepada orang lain berada dalam posisi orang yang menang. Kerana orang yang memberi kemaafan tidaklah semudah yang memintanya. Bayangkan tuan-tuan,kalau hari tu ada sorang mai 'sedeqah' tengah belakang kita...gedebab !!!,lepas tu dia gelak sampai ke telinga pulak; tiba-tiba hari ini dia mai dengan muka welfare,dia kata,"Sorryla,hari tu tak sengaja."...Masa tu,boleh kah kita kata,"Takpalah,saya pun tak ingat apa-apa."..Bolehkah tuan-tuan kata macam tu?...Aaa,susah tu tuan-tuan.

Tapi Nabi Yusuf a.s. boleh kata macam tu. Kerana masa Nabi Yusuf kecik-kecik dulu, adik beradik ambik dia lempar dalam telaga. Kemudian, setelah Nabi Yusuf dewasa dan menjadi seorang yang besar di Mesir, datang adik beradik yang buat aniaya dekat dia hari tu; mai minta bantuan. Mereka tidak mengenali Nabi Yusuf, tapi Nabi Yusuf masih dapat mengenali adik beradiknya itu. Keadaan sebegini telah ALLAH gambarkan di dalam Al-Quran dengan mengatakan bahwa sekiranya Nabi Yusuf hendak membalas balik perbuatan adik beradik dia terhadap dia sewaktu kecil dahulu; ALLAH SWT akan izinkan. Tapi hati Nabi Yusuf a.s. bukan pendendam, dia dapat memaafkan mereka.

Daripada kisah ini, memang telah menjadi lumrah bahwa kita akan lupa apabila kita buat aniaya kat orang lain; tapi orang yang kena aniaya tu, dia akan sentiasa ingat. Misalannya, kalau kita maki hamun seseorang, lepas tu kita akan lupa; tapi orang yang kena maki tu, dia akan ingat setiap patah perkataan apa yang kita kata. ]

Kata ALLAH, "Tanda-tanda orang yang beriman lagi ialah dia boleh amanah dengan orang yang buat khianat pada dia. Dia boleh bercakap dengan orang yang tak mau bercakap dengan dia. Dan dia memuliakan orang yang menghina dia. Sesungguhnya, Aku akan membalasi setiap kebajikan yang hangpa buat."

[ Kesimpulannya, setiap kebajikan/kejahatan yang kita buat, Tuhan akan balas. ]

Sambungan bacaan kitab 'Penawar Bagi Hati' dalam Bab pada menyatakan segala sifat yang dipuji; yakni 10 sifat mahmudah.

Diketahui olehmu bahwasanya perangai yang dipuji itu banyak. Menyebut oleh hamba di sini akan 10 perkara kerana mengikut akan Al-Imamul Ghazali dalam kitab 'Arba ina fi usuluddin'. Sifat-sifat itu ialah :

i) taubat dari segala dosa
(ii0 takut akan ALLAH
(iii) zuhud, yakni benci akan dunia dan berpaling daripadanya
(iv) sabar
(v) syukur
(vi) ikhlas
(vii) tawakkal
(viii) kasih akan ALLAH
ix) redha dengan kada ALLAH
(x) mengingat akan mati.

Bab 1 : Pada menyatakan taubat.

Ketahui olehmu bahawasanya taubat itu permulaan jalan bagi sekelian yang menjalani akan jalan akhirat, dan anak kunci bagi tuah sekelian murid.

[ Yang kata taubat ni, ia adalah jalan pertama untuk orang yang nak ke akhirat. Jangan dok berlakon la tuan-tuan, berzikirlah berapa banyak pun; zikir-zikir itu tak akan lekat dengan tuan-tuan sekiranya tak dimulakan dengan taubat terlebih dahulu. ]

Dan bahawasanya taubat itu wajib ia dengan bersegera daripada segala dosa; sekalipun daripada dosa kecil.

[ Hukum bertaubat adalah wajib.Bila setiap kali kita ingat kata yang kita ni ada dosa, maka setiap kali tu lah kita kena bertaubat. ]

Dan melambatkan taubat itu, satu dosa yang lain pula; sekalipun sudah berpuluh-puluh tahun.

[ Hah ! kalau lepas saja menari dengan Shah Rukh Khan, si Anaconda sepatutnya kenalah bertaubat. Mana nak tau kan, kot-kot la tengah-tengah baguih punya dok kepak, pi jatuh tersungkok,kan ka raplah dibuatnya nanti. Lepas saja menari, kemudian kalau melambatkan pula taubat; ini menambahkan satu dosa lain lagi. ]

Bersalahan bagi muktazilah yang berkata mereka itu dengan berbilang-bilang dosa melambatkan taubat itu dengan sebab panjang masa,tetapi berlebih kurang besarnya,dengan berlebih kurang panjang masa melambatkan itu.

[ Yang dikatakan muktazilah ni, depa ni ialah golongan yang kata takpa melambatkan taubat, yakni boleh bertaubat masa kita nak 'padam'. Kalau perangai dok ikut muktazilah, maka yang tu lah yang boleh dok syok kepak lagi tu. ]

Dan berhajat ia kepada taubat daripada maksiat, melambatkan itu seperti wajib ia taubat daripada maksiat yang pertama. Kemudian jika mengetahui ia akan segala dosanya atas tafsir (yakni dia tau dosanya satu persatu), nescaya wajib atasnya taubat daripada semuanya dengan satu-satu; dan tiada memada oleh satu taubat jua.

[ Kita kalau boleh ingat dosa kita secara satu demi satu; misalnya kita boleh tau kata dosa yang kita buat dalam masa setahun yang lalu; maka hendaklah kita buat satu taubat untuk satu dosa dan satu taubat lain untuk satu dosa yang lain,dan seterusnya. Jadi, ini bermakna, taubat ni kita tak boleh buat secara borong, yakni satu taubat untuk cover semua dosa, tak boleh lagu tu.

Kita boleh ingat ka dosa-dosa yang kita dah buat tahun sudah? Ok, sebagai contoh (saja tanya); tahun lepas berapa kali kita masuk pesta?... Kita nanti kata, "Dak ustaz, saya dengaq seluaq jean murah di pesta tu, Jadi,saya pun ushar tengok; kot-kot boleh tangkap 2-3 lai apa ka."...

Bukan kata seluaq jean saja ada kat sana, jin pun memang belambak kat pesta tu. Jadi, apabila kita masuk saja pesta, maka kita pun jadi sebahagian daripada depa (jin) tu. Maka berdosalah kita kerana redha dengan maksiat. Sebab apabila kita redha dengan maksiat, maka kita dikira buat maksiat tu sekali. Apa tanda kita redha?...

Tandanya ialah apabila kita nampak satu maksiat, tapi kita diam. Oleh sebab itu, untuk tahun ini punya pesta, mai sama-sama kita berazam untuk boycott. ]

Dan jika tiada teringat ia akan tafsir segala dosa, maka hendaklah berkata ia, "Jika ada bagi aku dosa yang tiada aku ketahui akan dia, maka aku taubat daripadanya kepada ALLAH SWT, dan bahawasanya diri taubat itu satu ibadat yang dijanjikan dia pahala kerana nya ada pun hilang siksa kemudian daripada taubat."

[ Kalau kita tak tau dosa kita banyak mana, maka disuruh kita bertaubat secara ijmali (kesimpulan). Maknanya, apabila setiap kali kita bertaubat, hendaklah berdoa, "Ya ALLAH, kalau lah saya ada buat dosa dan dosa tu pula saya tak ingat, maka saya bertaubat." ]

Dan orang yang bertaubat itu, dijanjikan ALLAH SWT dapat pahala dan Tuhan akan hilangkan siksa daripadanya. Maka diserahkan kepada ALLAH SWT, telah berfirman ALLAH, "Bahawasanya ALLAH kasih ia akan sekelian yang banyak taubat."

Dan firman ALLAH lagi, "Dan taubat oleh kamu kepada ALLAH sekelian kamu,wahai sekelian yang beriman."

Dan daripada sabda Nabi s.a.w. pula, "Orang yang taubat dari dosa seperti mereka yang tiada berdosa."

[ Yang kata Nabi Muhammad s.a.w. ni, Tuhan punya sayang dekat dia, hanya ALLAH Maha Mengetahui. Menurut ustaz, di malam Israk Mikraj, Tuhan ada tanya kat Nabi, "Wahai Muhammad, kamu tau tak pasai apa Aku bagi gelaran dekat kamu sebagai hamba Aku?...

Tuan-tuan tau tak Nabi kata apa? Bukan dia kata kerana dia seorang Rasul ka, dia banyak ibadat ka, kuat dakwah ka; tapi apa yang dia kata ialah, "Kerana luasnya Rahmat Mu daripada murka Mu,ya ALLAH." Selepas Nabi kata saja macam tu, terus kata ALLAH, "Kamu kekasih Aku." Gelaran inilah yang semua manusia mau sangat-sangat, tapi untuk kita mencapai makam seperti Nabi s.a.w. memang tak berupaya tuan-tuan. Yang kita boleh ialah hanya mampu menumpang di bawah kalimah kekasih ALLAH; itupun hendaklah dimulakan dengan taubat. ]

Dan sabda Nabi s.a.w., "Wahai mana-mana manusia, taubat oleh kamu kepada ALLAH. Maka bahwasanya aku bertaubat padaNya satu hari 100 kali."

Kuliyyah Maghrib disampaikan oleh Ustaz Halim Hassan di Masjid Maqbul, P.Pinang





______________________
Terbitan : 1 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com