MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Penawar bagi hati...Taubat (3)

Sabda Nabi s.a.w. lagi,"Bahawasanya ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Besar menerima ia akan taubat hamba selama belum sampai rohnya kepada halkumnya."

[ Hadis ini diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi. Nabi mengatakan bahwa ALLAH bersedia menerima taubat manusia, tetapi ALLAH meletakkan syarat; iaitu selagi mana roh tak sampai di halkum. Pasai tu lah ALLAH tak terima taubat Firaun, yang last second baru dia sebut dia beriman dengan Tuhan Musa. Jadi, dia tidak menepati syarat yang Tuhan tentukan. Lagi pun, sebelum ditenggelami laut, kata-kata Firaun untuk beriman dengan ALLAH bukanlah daripada hati kecilnya, tetapi kerana dia tersepit.

Begitu jugalah sekiranya seseorang yang meninggalkan dosanya kerana bala yang ALLAH bagi dekat dia, maka itu bukan dikira taubat, malah dosanya tetap dikira. Sebagai contoh; ada seorang kaki arak, tiba-tiba Tuhan bagi dia kena sakit jantung. Lalu semenjak kena sakit jantung tu, dia tak pernah pi dah ke kedai-kedai arak ni lagi. Dia kata, "Aku tobat dah sejak kena sakit jantung ni. Aku tak sentuh dah binatang ni." Dengan kenyataannya itu, adakah dia dianggap sebagai seorang yang bertaubat?... Jawapannya, dia tidak dianggap bertaubat dan dia tetap dapat dosa minum arak; kerana dia berhenti minum arak bukan kerana takut dekat ALLAH, tapi takut mati kerana sakit jantung. Orang macam ni, kalau dia baik daripada sakit, dia nanti pi balaih balik arak. ]

Dan sabda Nabi s.a.w., "Barang siapa taubat ia sebelum naik matahari daripada tempat lenyapnya, nescaya menerima ALLAH akan taubat dia."

[ Ayat ini memberitahu tentang syarat-syarat taubat. Syarat yang pertama iaitu pastikan kita bertaubat sebelum roh sampai ke halkum, dan yang kedua pastikan kita bertaubat sebelum matahari naik dari sebelah barat. Kalau mai saja kedua-dua waktu yang disebutkan ini, maka tak guna lagi untuk kita menyesal dan menangis sampai berguling-guling atas lantai serupa gambaq hindu kerana ALLAH tak akan terima dah taubat ketika itu. ]

Ketahui olehmu bahwasanya makna 'taubat' pada bahasa, yakni kembali ataupun pulang.

[ Memang kita semua sekali ni, akan pulang kepada ALLAH akhirnya. Inna lillahi wa inna ilai hi ro ji `un. Tak kiralah, kita sapa ka, suka ka, tak suka ka; kita semua akan pakai kain putih. Oleh sebab itu, pastikan apa pun kerja yang kita buat di dunia ni, halakan kepada ALLAH AZZAWAJALLA. ]

Dan pada syarak barang yang berhimpun padanya 3 rukun.

[ Dalam hadisnya, Nabi s.a.w. telah menyenaraikan 8 tanda taubat yang diterima ALLAH. Kerana bukan semua orang ALLAH terima taubat depa. Eg, dalam bulan Ramadan yang baru lalu, ada orang buat qiamullail pada 10 malam terakhir; menangis ni kira sungguh-sungguh punya menangis, bukan buat-buat punya (buat-buat pun ada juga, tapi yang tu bila dia nak kalah); tapi setelah berlalunya Ramadan, dia dok macam tu juga, yakni tak dak apa-apa perubahan pun. Ini makna kata ALLAH terima ibadatnya lagi; yang ni cukup punya malang lah tuan-tuan (ALLAH Maha Mengetahui). ]

3 rukun itu ialah :

(i) menyesal atas mengerjakan maksiat kerana ALLAH.

[ Sebenarnya kesalan yang jujur adalah kurniaan daripada ALLAH SWT. Bukan semua orang dapat; misalannya, apabila kita duduk saja-saja dengan kawan-kawan, kemudian kita sembang pula tentang dosa-dosa masa lampau kepada ALLAH, maka berlinanganlah airmata kesalan. Tetapi bila kita dok sorang-sorang, benda tu tak boleh kita nak praktik pula, maka maknanya kita masih menghadapi masalah dari segi nak latih hati. Bukan pasai apa tuan-tuan, orang-orang yang telah beriman, mereka ni memang tak pernah senang dengan dosa masa lampau. Kerana orang-orang yang pernah buat dosa, hati mereka ni seolah-olah seperti dok ada dalam penjara / seolah-olah ditusuk paku / seolah-olah seperti dihiris pisau dan tak tau lah lagi macamana nak habaq tentang hati yang terasa ni. Tapi sapa yang kena, dia nanti tau macamana perasaan tu. ]

Maka tiada sah taubat mereka yang tiada sesal atau menyesal tidak kerana ALLAH seperti menyesal ia kerana bala yang turun atasnya disebabkan maksiat itu.

[ Bila Tuhan bagi satu bala dekat dia, kemudian baru dia menyesal; maka kesalan ini tidak sah kerana dia menyesal bukan kerana ALLAH, tapi dia menyesal kerana Tuhan bagi bala. ]

(ii) meninggalkan akan maksiat yang taubat ia daripadanya, maka tiada sah taubat mereka yang meninggal ia akan maksiat atau taubat ia daripada maksiat.

[ Syarat yang kedua ialah kita mesti tinggalkan maksiat. Tapi ALLAH bagi tau bahwa cukup susah untuk seseorang bagi meninggalkan maksiat. Sepertimana ALLAH sebut dalam hadis Qudsi, "Mudah sahaja bagi manusia untuk lari daripada api yang berada di depannya; begitu juga mudah bagi manusia untuk lari daripada binatang buas; tapi untuk lari daripada dosa bukanlah mudah bagi manusia." Oleh sebab inilah, maka ALLAH kesian dekat manusia, lalu disyariatNya taubat kepada kita. ]

Tidak sah bagi orang yang mengatakan dia taubat tapi masih tidak meninggalkan maksiat. Sepertimana sabda Nabi s.a.w., "Sapa-sapa yang mengaku bertaubat tapi pakaiannya tidak berubah dan perhiasan dirinya juga tidak berubah; maka ini bukanlah orang yang bertaubat."

(iii) mencita-cita ia ketiadaan kembali kepada umpama maksiat yang taubat ia daripadanya; maka tiada sah taubat mereka yang tiada mencita-cita akan ketiadaan kembali kepada umpama maksiat itu.

[ Maknanya kita kena berazam untuk tidak kembali melakukan maksiat. Kepada siapa yang bertaubat tapi dalam hatinya masih ada lintasan yang seronok dengan maksiat, maka dia tidak dinamakan sebagai orang yang bertaubat. Eg, apabila kita tanya, "Hang la ni apa macam?" ...Dia kata, "La ni nampak ok la, tapi masa akan datang tak tau la pulak macamana."

Kenyataan seperti ini, bukanlah kenyataan daripada seorang yang nak bertaubat. Tapi kalau dia kata, "Aku dah bertaubat pada ALLAH dan aku berazam sungguh-sungguh; sekiranya sapa ka mai layok maksiat macamana sekali pun, Insya`ALLAH,aku tidak akan terlibat lagi dengan maksiat." Ini barulah contoh kenyataan yang berupa keazaman untuk meninggalkan segala maksiat. ]

Ini jika maksiat itu tiada meninggalkan fardu dan tiada bergantung dengan manusia. Ada pun jika ada dosanya itu meninggalkan umpama fardu sembahyang, maka wajib atasnya mengqada segala fardu yang luput itu.

[ Kalau dosa kita melibatkan benda yang fardu kita tak buat, maka kita kena qada balik ibadat-ibadat tu. Ini menunjukkan akan kesungguhan kita untuk bertaubat. Kalau kita belum qada lagi, ini bermakna salah satu syarat daripada taubat tercicir dalam hidup kita. ]

Dan jika ada maksiat itu bergantung dengan manusia seperti mencuri harta orang, maka disyaratkan memulangkan ia akan harta itu atau ganti kepada empunya nya. Kalau tak boleh ganti, kita kena minta halal ia daripadanya dengan tamsil dengan mazhab kita Syafi`i.

[ Dalam mazhab Imam Syafi`i, kalau kita dah terambil hak orang, maka kita sendiri yang kena pi mintak halal secara terperinci,i.e. bila/benda apa yang kita ambil/tempat kejadian. Oleh sebab itu, kalau kita mengikut mazhab Syafi`i, ini bermakna minta halal melalui kad raya adalah tidak boleh. Kerana melalui kad, kita mengguna kaedah ijmali iaitu meminta maaf zahir/batin dicampur sekali dan meminta halal pula tanpa terperinci. ]

Bersalahan pada mazhab Imam Malik, memada minta halal dengan ijmali.

[ Kalau mengikut Imam Malik, takpa kita minta halal secara kad raya. Oleh itu, semasa kita menulis kad raya, hendaklah kita bertaqlik pada mazhab Imam Malik. ]

Dan ada padanya keluasan. Dan jika tiada kuasa ia memulangkannya, maka tiada menghalal oleh yang empunya nya, maka hendaklah bersungguh-sungguh ia pada mengikhlaskan taubatnya dan memohon akan ALLAH TA`ALA mudah-mudahan menjadikan ia akan empunya harta itu redha pada hari qiamat.

[ Kalau kita tak mampu nak ganti balik harta orang yang kita ambil, maka terpaksalah kita pi jumpa tuan harta tu dan minta halalkannya. Tapi kalau tuan harta tu tak mau menghalalkannya, maka kenalah kita mengikhlaskan taubat dan berdoa ke hadrat ALLAH supaya moga-moga dihalalkan oleh tuan harta itu di akhirat kelak. Tengok la tuan-tuan, betapa lecehnya bila kita ada sangkut dengan harta benda orang. ]

Dan setengah daripada syarat taubat itu keadaan sampai roh kepada halkum. Ketiadaan sampai roh kepada halkum dan ketiadaan naik matahari daripada sebelah barat seperti yang tersebut dalam 2 hadis yang lalu. Dan apabila sempurna segala syarat dan rukun-rukun itu, maka sah ia dan tak dapat tiada daripada diterima akan dia.

[ Tuhan cukup suka kepada orang yang bertaubat, dengan syarat kita dapat memenuhi tingkatan-tingkatan tadi. ]

Dan bermula doa dengan menerima taubat seperti "Allahumma takabbal taubati", yang bermaksud, "Ya ALLAH, terimalah oleh Mu akan taubat aku."

[ Mau berdoa tiap-tiap hari yakni selepas setiap kali sembahyang fardu/sunat. ]

Dan adalah ia kerana ketiadaan diyakin akan cukup segala syarat.

[ Dalam masalah taubat ni, kita kena ada 2 benda : iaitu takut dan berharap. Bila kita buat ibadat apa pun, kedua-dua benda ni mesti mau ada. Kita takut kalau-kalau Tuhan tolak taubat kita. Dan berharap Tuhan terima taubat kita. Dalam ibadat, kita kena bawa 2 sifat ni supaya Tuhan terima seluruh amal ibadat kita. ]

WALLAHUA`LAM.

Kuliyyah Maghrib disampaikan oleh Ustaz Halim Hassan di Masjid Maqbul, P.Pinang





______________________
Terbitan : 3 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com