Make your own free website on Tripod.com
SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Bayi boleh bercakap

Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tafsir Surah An-Nisa' ayat 36

Juraij meminta anak yang baru dilahirkan itu datang bertemu dengannya bersama ibunya, seorang pelacur lalu Juraij meletakkan jari telunjuknya di atas pusat anak berkenaan sambil bertanya: "Wahai budak! Siapakah ayahmu?"

Allah mahu menolong Juraij yang juga merupakan seorang wali-Nya yang ikhlas dengan tiba-tiba sahaja kanak-kanak itu menjawab: "Ayah saya ialah pengembala kambing." Orang ramai menyaksikan `Karromah' (kemuliaan) yang dikurnia Allah kepada Juraij dengan peristiwa itu.

Penduduk sekitar perkampungan Juraij kembali mempercayainya dan ingin menggantikan surau papan yang dirobohkan dengan surau diperbuat daripada emas.

Bagaimanapun Juraij menolak tawaran itu sebaliknya meminta mereka membina surau seperti yang telah dirobohkan.Kisah ini menunjukkan betapa wajibnya kita menunaikan tanggungjawab berbuat baik kepada dua ibu bapa keduanya tidak menganut Islam.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Redha Tuhan di dalam keredhaan kedua ibu bapa. Murka Tuhan di dalam kemarahan kedua ibu bapa."Bagaimana pula sekiranya kedua ibu bapa sudah meninggal dunia? Kita boleh berbakti dengan dengan berdoa kepada Allah supaya diberi rahmat, diampunkan dosa mereka, bersedekah, mengerjakan amal kebajikan dengan niat disampaikan kepada mereka di samping berbuat baik kepada kawan-kawan mereka.Firman Allah yang bermaksud: "Hendaklah berbuat baik kepada kaum keluarga." (Surah an-Nisa': 36).

Kaum keluarga yang dimaksudkan di sini ialah mereka yang mempunyai hubungan silatur rahim dengan kita sama ada di pihak adik beradik seibu sebapa ataupun di pihak ibu, bapa, bapa saudara, sepupu dan lain-lain.Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Berbuat baik kepada anak-anak yatim." (Surah an-Nisa'; 36)

Anak-anak yatim yang dimaksudkan ialah kanak-kanak yang belum baligh yang ayah mereka meninggal dunia. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan orang-orang miskin." (Surah an-Nisa': 36) I

iatulah orang-orang yang memerlukan pertolongan kerana menghadapi kesempitan hidup termasuk kekurangan harta benda, pendapatan tidak mencukupi untuk membiayai keperluan hidup diri dan keluarga mereka.

Mereka yang berkenaan perlu dibantu dengan menghulurkan bantuan seperti kewangan dan lain-lain sehingga mereka berupaya melepasi diri dari belenggu kemiskinan.Firman- Nya lagi yang bermaksud: "Dan jiran tetangga yang hampir dan yang jauh." (Surah an- Nisa' : 36).

Terdapat kekhilafan di kalangan ulama' dalam mendefinisikannya. Ada ulama' menyatakan yang dimaksudkanya ialah jiran di kalangan kaum keluarga dan jiran bukan di kalangan mereka berkenaan termasuk yang bukan Islam.

Mengikut Nauf asy-Syami yang dimaksudkan dengan jiran yang hampir ialah jiran yang muslim manakala jiran yang jauh pula ialah jiran di kalangan bukan Islam termasuk Yahudi, Nasrani, Majusi dan lain-lain lagi.

Mengikut Islam, kita mesti berbuat baik kepada jiran bukan Islam walaupun mereka bukan seagama dengan kita. Terdapat banyak hadith yang membicarakan tentang berbuat baik kepada jiran tetangga.







______________________
Terbitan : 4 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com