Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Melebihkan pembayaran zakat

Ubayy ni Ka'ab r.a. menceritakan :

"Nabi SAW pernah sekali mewakilkan aku untu mengutip zakat dari sebuah daerah.Aaku pun pergi menemui salah seorang di sana dan aku bertanyakan keterangan tentang hak miliknya.Dia dijangka mengeluarkan seekor anak untaa yang baru berusia setahun sebagai zakatnya.Apabila dia diberitahu tentang perkara ini,maka dia pun berseru:

"Apakah gunanya seekor anak unta yang baru berusia setahun ini?Kamu tidak boleh menyusui ata menungganginya.Di sini ada seekor unta betina yang telah dewasa.Kamu ambillah unta betina ini sebagai gantinya."

Aku pun menjawab :"Tugas yang dipikul ke atas aku ini tidak membenarkan aku mengambil lebih dari apa yang telah ditetapkan untuk kamu mengeluarkannya.Nabi SAW akan melawat daerah ini pada malam hari.Aaku fikir baiklah kamu pergi menemuinya dan sampaikan tentang tawaran kamu itu kepada baginda.Sekiranya baginda tidak keberatan,aku akan menerima tawaran mu itu dengan senang hati dan sebaliknya jika baginda keberatan,kamu mestilah memberiku apa yang sepatutnya kamu keluarkan sahaja."

Selepas itu orang itu pun membawa unta betinanya kepada Nabi SAW dan meminta nasihat dari baginda seraya berkata:"Wahai Nabi Allah!Wakilmu telah datang menemuiku untuk mengutip zakat.Demi Allah!Sebelumnya au tidak pernah pun mendapat kesempatan untuk membayar sesuatu apa pun kepada Rasulullah SAW atau wakilnya.Oleh itu,aku telah membentangkan segala apa yang aku miliki kepada wakilmu.Wakil itu telah memutuskan supaya aku mengeluarkan seekor unta yang baru berusia setahun.Wahai Rasulullah!Dewasa ini anak unta itu belum boleh digunakan lagi.Ia tidak boleh mengeluarkan susu atau memikul sebarang muatan ,oleh kerana itu aku syorkan kepada wakil tuan agar menerima unta betina yang elok ini sebagai gantinya;tetapi sayangnya dia enggan menerimanya tanpa keizinan daripada tuan terlebih dahulu.Sekarang aku datang menemui tuan,bersama-sama unta betina ini."

Rasulullah SAW bersabda:"Memang benar,hanya sekadar itu sahaja yang diharapkan supaya dikeluarkan oleh kamu,seperti yang telah ditetapkan oleh wakil itu,tetapi sekiranya kamu sanggup memberi lebih dari apa yang telah ditetapkan ke atas kamu itu,ianya juga akan diterima."

Orang itupun menyerahkan unta betina itu kepada Rasulullah SAW dan baginda menerima serta mendoakan orang itu."

Lihatlah betapa para sahabat dgn.kemurahan hati sanggup berpisah dengan harta benda yang paling dikasihi oleh mereka semata-mata kerana Allah swt.Sebaliknya,kita juga mendakwa diri sebagai penganut Islam yang tulin dan sejati serta pengikut kekasih kita Rasulullah SAW yang bersemangat,tetapi selain drp. memberi sumbangan sedekah kpd. yang miskin dan memerlukan,kita terlalu enggan utk.membayar kadar zakat yang telah ditetapkan dan wajib kita keluarkan. Zakat yang merupakan salah satu rukun Islam tidak sedikit pun dikenali atau di berati oleh mereka dari golongan pertengahan,hanya mereka yang memiliki kesedaran agama sahaja masih meneruskan pembayaran zakat,walaupun ini kadang-kadang menjejaskan perbelanjaan mereka sendiri mahupun segala derma-derma kebajikan yang telah disalurkan oleh mereka ini pada waktu yang terdesak dan juga simpanan-simpanan mereka sendiri sanggup dicurahkan oleh mereka kerana tujuan yang suci dan murni.

(Zakat adalah wajib.Sedekah dan derma adalah sunat)






______________________
Terbitan : 19 Sept 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com