Make your own free website on Tripod.com

Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

SILLATUL-RAHIM

Oleh : Muhammad Isa al-Jambuli

MENGHUBUNG dan mengekalkan sillatul-rahim adalah satu tuntutan dalam agama Islam. Allah SWT berfirman mafhumnya:

Dan bertakwalah kamu kepada Allah yang kamu saling bermohon dengan nama-Nya dan (pelihara- lah) sillatul-rahim (Al-Nisa' : 1).

Pernah driwayatkan, seorang lelaki datang menemui Rasulullah saw, katanya, "Aku ada seorang kerabat, aku melakukan hubungan keluarga (sillatul-rahim) dengannya tetapi dia memutuskannya. Aku maafkan dia tetapi dia menzalimi aku. Aku berbuat baik kepadanya tetapi dibalasnya dengan perbuatan jahat. Apakah aku patut membalasnya dengan kejahatan juga?". Rasulullah menjawab, "Jangan. Engkau mesti bersatu dengannya. Ambil lah yang baik. Hubungilah dia. Di belakangmu ada pertolongan daripada Allah, selagi engkau tetap dengan sikap dan tindakan yang demikian". Ternyta, mewujudkan sillatul-rahim itu adalah satu tuntutan dan menjadi kewajipan kepada umat Islam melaksanakannya selari dengan amalan- amalan lain. Kalau sillatul-rahim itu belum wujud, hendaklah diwujudkan; kalau ada apa-apa masalah atau kesulitan, hendaklah diselesaikan; kalau hampir putus, hendaklah dipulihkan dan kalau sudah baik keadaannya hendaklah dipelihara atau dikekalkan. Seperti amal ibadah yang lain, melaksanakan kewajipan dalam hal yang berkaitan dengan sillatul- rahim juga bukanlah merupakan satu urusan yang sukar atau terlalu membebankan. Rasulullah saw bersabda, mafhum- nya: "Hubungkan rahim di antara kamu walaupun hanya dengan salam". Demikianlah betapa mudahnya pelaksanaan sillatul-rahim itu. Dengan salam sahaja kepada kaum kerabat, dikira telah menunaikan kewajipan menghubungkan sillatul- rahim.

Di samping itu ada beberapa pilihan lain dalam pelaksaannya. Ulamak mengatakan, "Seseorang yang mempunyai kerabat wajiblah menghubungi kerabatnya dengan hadiah dan ziarah, jika tidak berkemampuan dengan harta (hadiah), hubungilah dengan ziarah sahaja dan berilah apa-apa bantuan yang diperlukan. Jika kerabat itu berjauhan, hubungilah dia dengan surat. Pelaksanaan amalan sillatul-rahim di tahap yang lebih tinggi dan akan mendapat ganjaran yang lebih besar ialah sebagaimana sabda Rasulullah saw yang mafhumnya: "Sedekah yang paling afdhal ialah kepada kerabat yang bersakitan hati (tidak baik perhubungan)".

Hubungan sillatul-rahim dengan kerabat yang bukan beragama Islam juga hendaklah dipelihara sewajarnya. Diriwayatkan, Asma' binti Abu Bakar al-Shiddiq berkata, "Ibuku datang mengunjungiku, lalu aku mengadu kepada Rasulullah, 'Ya Rasulullah, ibuku datang ke rumahku, sedangkan dia kafir musyrik. Apakah aku harus melayaninya?'. Rasulullah lalu bersabda kepadaku, 'Bahkan (Ya). Berikanlah (apa-apa sahaja) kepadanya'". Amalan Sillatul-rahim adalah sejajar dengan amalan-amalan kebajikan yang Lain. Dalam al-Qur'an, sebagaimana mafhumnya yang diperturunkan di bawah, jelas memperlihatkan amalan sillatul-rahim itu turut disenaraikan di samping amalan-amalan yang lain :

Bahawasanya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil, berbuat kebajikan dan menolong kaum kerabat. (Al-Nahl : 90)

Dan sembahlah Allah dan jangan sekutu kan- Nya dengan sesuatu, dan berbuatlah baik kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang orang-orang miskin, jiran-jiran yang dekat dan yang jauh, sahabat sejalan, pejuang agama Islam dan hamba-hamba kamu. (Al-Nisa' : 36) ...tetapi kebajikan itu untuk orang-orang yang beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab dan para nabi; mendermakan harta kesayangannya kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang- orang miskin, pejuang agama Islam, orang-orang yang meminta, pembebas hamba-hamba; orang- orang yang mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan janji apabila mereka berjanji; orang-orang yang bersabar menghadapi kesukaran, kesusahan dan keti ka perang. Mereka Itulah orang-orang yang benar dan bertakwa (al-Baqarah : 177). Rasulullah saw pernah ditanya, "Siapakah manusia yang paling utama?". Rasulullah lalu bersabda, mafhumnya: "Yang paling utama ialah orang yang paling kuat bertakwa kepada Allah, yang paling erat (akrab) perhubungan dengan kaum kerabatnya dan paling suka menyuruh berbuat kebajikan dan menegah kemungkaran".

Pada masa yang lain, Rasulullah saw telah ditanya, "Katakan kepada- ku, apakah amal yang membawa aku ke syurga dan menjauhkan aku daripada neraka?". Rasulullah saw menjawab, mafhumnya: "Engkau sembah Allah, jangan sekutukan Dia dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan hubungkan antara rahimmu". Rasulullah saw juga pernah bersabda, mafhumnya: "Tiada langkah seorang hamba yang paling dikasihi oleh Allah melainkan langkah untuk mengerjakan shalat fardhu dan langkah kepada kaum kerabat (menghubungkan rahim). Berkata Abu Thalhah kepada Rasulullah saw, "Kebunku itu adalah untuk fi sabilillah dan untuk sekalian fakir miskin". Lalu Rasulullah saw bersabda, mafhumnya: "Sudah wajiblah (pastilah) pahalamu daripada Allah, dan sekarang engkau bahagi-bahagikan kebun itu di kalangan kaum kerabatmu". Diriwayatkan, di dalam Taurat tersurat firman Allah yang bermaksud:

"Takutlah kepada Tuhanmu, berbaktilah kepada ibu bapamu dan hubungkanlah rahimmu, nanti Aku lanjutkan umurmu, melaksanakan segala kemudahan dan menyelesaikan segala kepayahanmu". Kata Anas r.a, "Tiga jenis orang dibawah naunng Arasy Rahman pada hati kiamat :

(1) Orang yang menghubungkan rahim, iaitu orang yang dipanjang kan umurnya dan diluaskan razkinya;

(2) Perempuan yang kematian suaminya dan dia memelihara anak-anaknya yang yatim itu hingga dikayakan mereka itu oleh Allah;

(3) Lelaki yang menjamu anak-anak yatim dan fakir miskin.

Dikatakan ada lima amalan, apabila seseorang mengekalkannya, akan diperolehinya kebajikan sebesar bukit bandingannya dan diluaskan razkinya, iaitu :

(1) Mengekali sedekah, sama ada sedikit atau banyak;

(2) Mengekalkan perhubungan antara kaum keluarga;

(3) Mengekalkan perjuangan di jalan Allah (jihad fi sabilillah);

(4) Mengekalkan wudhuk dan tidak membazirkan air ketika berwudhuk;

(5) Mengekalkan taat kepada ibu bapa.

Daripada apa yang diperkatakan di atas, dapatlah dibuat kesimpulan, bahawa menghubungkan tali kekeluargaan adalah sejajar dengan amalan- amalan yang lain, seperti bertakwa kepda Allah, berdakwah (amar ma'ruf dan nahi munkar), shalat fardhu, taat kepada ibu bapa, berbelanja kepada perjuangan fi sabilillah, kepada fakir miskin dan lain-lain. Berikut diperturunkan pula mafhum beberapa hadis tentang akibat buruk yang akan diterima oleh orang yang memutuskan sillatul-rahim :

Sabda Rasulullah saw, mafhumnya: "Ketahuilah, bahawa rahmat Allah tidak turun ke atas kaum yang ada di kalangan mereka orang yang memutuskan sillatul-rahim".

Mengulas hadis di atas, ulamak mengata- kan, bahawa tindakan memutuskan silaltul-rahim itu ternyata besar dosanya sehingga bukan orang yang berkenaan sahaja yang akan menerima balasan, tetapi melibatkan seluruh kaumnya. Kerana itu, orang yang terlibat dengan tindakan memutuskan sillatul-rahim itu wajiblah bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah Taala dan seterusnya mula menghubungkan rahim antara sesama mereka.

Sabda Rasulullah saw maksudnya: "Bahawa bau syurga itu dadapt dihidu dari sejauh lima ratus tahun perjalanan.Tidak dapat tercium bau syurga oleh orang yang derhaka kepada ibu bapanya dan orang yang memutuskan sillatul- rahim".

Antara amaran-amaran Rasulullah tentang akibat buruk daripada tindakan memutuskan sillatul-rahim ialah :

(a) Tidak turun malaikat kepada kaum yang di kalangan mereka ada yang memutuskan sillatul-rahim.

(b) Tidak masuk syurga orang yang memtuskan sillatul-rahim.

(c) Apabila ada manusia memperkatakan tentang ilmu tetapi mensesiakan amalam daripada ilmu itu, berkasih-kasih mereka dengan lidah tetapi benci di hati, dan mereka memutus kan sillatul-rahim; dilaknat Allah ke atas mereka itu, ditulikan telinga mereka dan dbutakan mata mereka.

Hadis-hadis berikut adalah tentang kelebihan menghubungkan sillatul-rahim :

Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Sedekah kepada orang miskin itu mendapat pahala satu sedekah, sedangkan sedekah kepada kaum kerabat itu mendapat dua pahla : pahala sedekah dan pahala menghubungkan sillatul-rahim". Rasulullah bersabda lagi, mafhumnya: "Takutlah kamu kepada Allah dan hubungkan rahim kamu, maka itu terlebih baik bagi kamu di dunia dan di akhirat".

Sekurang-kurangnya sepupuluh kelebihan (temasuk yang tersebut dalam maksud hadis-hadis di atas) akan diperolehi oleh orang yang memelihara sillatul-rahim itu, iaitu :

(1) Mendapat keredhaan Allah Taala, kerana menghubungkan kerabat itu perintah Allah Taala;

(2) Mendatangkan sukacita dan rasa bahagia;

(3) Menyukakan para malaikat;

(4) Mendapat kebaikan dan nama baik di kalangan muslimin;

(5) Mendatangkan dukacita kepada iblis yang terlaknat;

(6) Melanjutkan usia;

(7) Memberkatkan razki;

(8) Menyenangkan arwah ibu bapa dan datuk nenek;

(9) Menambahkan marwah dan meninggikan darjat;

(10) Beratmbah pahala kemudian daripada mati, kerana kaum kerabat mendoakannya dan mengingati (menyebut- nyebut) kebaikan dan kebajikannya.

Diceritakan, bahawa Qarun yang ditelan bumi, setiap hari semakin dalam itu, tiba-tiba terhenti, apabila dia bertanya khabar tentang Musa , anak bapa saudaranya. Cerita ini menujukkan kelebihan membuat hubungan kekeluargaan, sehinggakan orang yang melakukan kemungkaran besar dan sedang menerima pembalasan seperti Qarun itu pun mendapat kelonggaran, apabila dia bertanya khabar tentang diri ahli kaum keluarganya.

Wallahu a'lam.

--------------------------------------------------------------------------------

rujukan:

Abdullah Abdul-Mu'mubin, Tanbihul-Ghafilin;
Syaikh Abdul-Samad al-Palembani; Siarul-Salikin,
Syaikh Daud al-Fatani; Jam'ul-Fawaid wa Jawahirul- Qalaid.





______________________
Terbitan : 11 Okt 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com