Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PESANAN DAN PERINGATAN DI AKHIR HAYAT RASULULLAH S.A.W.

12 Rabiul Awal, memang hari bersejarah, lahirnya Nabi Muhammad s.a.w., 14 abad dulu. Peringatan Maulid Nabi ini begitu semarak dirayakan dimana-mana. Tak salah memang selagi semua ini sebagai manifestasi rasa sayang dan rindu kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai tanda terima kasih tiada terhingga atas pengorbanannya yang luar biasa terhadap ummah.

Tetapi sayang ramai yang melupakan sejarah hidup Rasulullah yang lain, yang tak kalah pentingnya dari sekadar hari kelahiran banginda. Padahal, beberapa peristiwa penting itu terjadi juga dalam bulan Rabiul Awal. Peristiwa itu ialah wafatnya banginda.

Mengapa kita seakan melupakannya ? Sekadar menginggatnya pun tidak, apatah lagi meresapi hikmah yang terkandung didalamnya.

Allah Maha Bijaksana. Setelah risalah Islam selesai diwahyukan, Dia pun memanggil Nabi Muhammad s.a.w. untuk pulang kepangkuanNya. ini pun terjadi pada pada bulan yang sama, Rabiul Awal. Kisah wafatnya Rasulullah s.a.w. , rasul Allah ini pun semestinya tak luput dari perhatian kita. Begitu banyak pesanan beliau menjelang saat menutup mata yang semestinya patut kita renungi. Khutbah Rasulullah s.a.w yang terakhir adalah takkala beliau menyampaikan pesanan pada pelaksanaan ibadah haji di bulan Zuhijjah tahun ke-10 Hijiriyah. Inti khutbah beliau antara lain ;

"bahawasanya darh dan harta benda kelian adalah suci buat kalian di hari dan bulan suci ini. Kalian pasti akan menghadap Tuhan kalian, dan dituntut pertanggungjawab atas segala perbuatan kalian."

"barangsiapa diserahi amanah, hendaklah menunaikannya pada yang berhak."

"Segala macam riba tidak berlaku lagi, tetapi kalian berhak menerima kembali harta pokok (modal) kalian."

"Tindakan menuntut balas atas kematian seseorang sebagaimana berlaku di masa jahiliyyah tidak boleh berlaku lagi. Tuntutan darah yang pertama ku hapuskan adalah darah Rabi'a bin 'I harith bin Abdil Muthalib."

"Di negeri kalian ini, syaitan sudah putus harapan untuk disembah lagi. Tapi jika kalian turutkan dia walau dalam hal yang kecil nescaya akan senanglah dia kerana itu baik-baiklah agama kalian."

"Perkukuhkan isteri kalian dengan baik, mereka itu adalah kawan-kawan yang menbantu kalian dan tidak memilih sesuatu untuk (mengurus) diri mereka sendiri."

"Ketahuilah bahawa kalian mengambil mereka (dari tanah kleluarga mereka) sebagai amanah Allah dan kehormatan mereka dihalalkan bagi kalian dengan nama Allah."

"Aku meninggalkan bagi kalian yang jika kalian berpegang teguh, kalian tidak tersesat selama-lamanya, iaitu Kitabullah dan sunah nabiNya."

"Kalian mengerti bahawa setiap muslim adalah saudara dari muslim yang lain dan semua kaum muslimim adalah saudara. seseorang tidak dibenarkan mengambil sesuatu dari saudaranya kecuali yang telah diberikan kepadanya dengan senang hati, kerana itu janganlah kalain menganianya diri sendiri..."

Sepulang menunaikan ibadah haji kesihatan Rasulullah semakin menurun. Bahkan semenjak bulan safar tahun 11 Hijiriyyah, beliau diserang deman yang sangat berat hingga membuat beliau tak mampu bangkit dari tidur. Penah sekali, panas badan Rasulullah agak menurun. Beliaupun menguatkan diri dengan dipapah untuk menyampaikan pesan di depan jamaah di masjid. Antara lain katanya ;

"Sesiapa pernah ku pukul belakangnya, inilah belakangku sekarang siap menerima pembalasan ! Sesiapa yang pernah ku cemarkan kehormatannya, sekarang aku bersedia dicemarkan kehormatanku sebagai pembalasannya."

"Dendam kesumat bukanlah tabiatku. Aku menyukai orang yang mahu mengambil haknya dariku. Kalau memang ia punyai hak atas sesuatu yang ada pada diriku, pasti akan ku berikan, agar aku lega saat bertemu dengan Allah..."

Seseorang berdiri dan berkata : "Ya Rasulullah, tiga dirham yang jadi hakku masih ada pada anda." Maka beliau memberikan orang tersebut dan melanjutkan.

"Barangsiapa menerima satu amanah hendaklah ia menunaikannya." Seseorang berdiri lagi menyampaikan : "Aku manahan wang tiga dirham yang semestinya yang semestinya ku sumbangkan di jalan Allah, ketika itu aku memerlukannya." Dan Rasulullah mengambil wang itu darinya.

Begitulah Rasulullah sangat berhati-hati dalam menjaga amanah, sehingga beliau merasa amat perlu menyelesaikan masalah ini sebelum meninggal dunia.

Semantara itu Anas bin Malik mengatakan, bahawa wasiat umum yang disampaikan Rasulullah s.a.w. selama sakit dan pada detik-detik akhir hayat beliau adalah solat dan perlakuan baik kepada hamba sahaya. Wasiat itulah yang sering diucapkan beliau hingga saat terdengar suara nafasnya berdengus."

Diriwayatkan, saat sakit Rasul semakin parah, beliau memiliki harta tujuh dinar. Beliau khuatir meninggal dengan harta masih ditangan, maka dimintanya agar semua itu disedekahkan. tapi kerana kesibukkan orang-orang merawat dan mengurus penyakit beliau yang parah, maka tak ada yang ingat untuk menunaikan pesanan Nabi itu.

Sehari sebelum wafatnya, Rasulullah sempat sedar dari pengsannya dan menanyakan apa yang telah dilakukan terhadap wang itu. Ketika tahu wang itu masih ditangan Aisyah, beliau pun memintanya.. Setelah wang itu diletakkan ditangan Rasul, beliau berkata, "bagaimana jawab Muhammad kepada Tuhan, sekiranya ia menghadap Allah sedangkan ini masih ditangannya ?" Kemudian wang itupun dibahagikan segera kepada fakir miskin.

Malam harinya , kesihatan Rasulullah pulih sedikit. setelah tujuh belas hari tak dapat mengikuti soalat berjamaah malam itu beliau mengimani soalat sambil duduk. Setelah itu beliaupun menyampaikan pesanan ;

"Saudara-saudara, api (neraka) sudah bertiup. Fitnah pun datang seperti malam gelap gulita. Demi Allah, jangan sekiranya kamuberlindung kepadaku tentang apapun. Demi Allah aku tidak menghalalkan sesuatu oleh Al Quran. Juga aku tidak mengharamkan sesuatu, kecuali yang diharamkan oleh Al Quran. Latnat Allah kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani yang menjadikan perkuburan nabi-nabi mereka sebagai tempat peribadatan !"

Sayang, kerana ternyata sakit Rasulullah kembali parah setelah itu, dan kesesokan harinya beliau wafat dipangkuan isteri tercinta Aisyah r.a.






______________________
Terbitan : 25 Okt 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com