MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Penawar bagi hati...Taubat (1)

Daripada sebuah hadis Qudsi yang mana firman ALLAH SWT yang bermaksud,"Wahai manusia,janganlah kamu sekali-kali cuba melaknat mana-mana makhluk yang Aku buat dengan kudrat Aku sendiri.Nescaya laknat kamu kepada ciptaan Aku itu,akan membinasakan diri kamu sendiri."

[ Tuhan bagitau bahwa apa saja ciptaanNya ,kita jangan cuba dok mempertikaikannya.Samada benda yang diciptaNya itu boleh kita lihat dengan mata; ataupun yang tak boleh lihat dengan mata tapi boleh rasa atau boleh dengar dengan telinga sahaja; kesemua jenis-jenis ciptaan ALLAH ini,kita tak boleh protes. Oleh sebab itu, samada kita suka ka ataupun kita tak suka ka, kita kena redha.

Sebagai contoh, kalau Tuhan kata bahwa sehari semalam kena sembahyang 5 waktu, kita tak boleh protes,kita kena sembahyang sehari semalam 5 waktu juga.Kalau Tuhan kata bahwa dalam bulan Ramadan kita kena posa 30 hari,maka tanpa protes, kita kena posa 30 hari juga.Kalau Tuhan kata bahwa sebagai seorang yang sudah mukallaf,kita kena tutup aurat, maka kita mesti kena tutup aurat dengan tanpa komplen kepada ALLAH SWT... Samalah juga,kalau Tuhan kata bahwa tak boleh menari,maka kita tak boleh menari lah; mana boleh komplen; tok sah dok gatai pungkok pi menari dengan Sharoq Khan pulak tu.

Jadi di sini,Tuhan nak bagitau bahwa semua yang Tuhan buat,kita tak boleh komplen,termasuklah semua hukum hakam Tuhan dan semua perintah Tuhan; samada yang fardhu ataupun yang sunat,manusia kena terima tanpa ada rasa nak protes. ]

Kata ALLAH,"Wahai manusia,sesungguhnya kamu boleh tengok dengan mata kamu bagaimana 7 petala langit di atas sana,ditegakkan oleh ALLAH diatas udara tanpa sebatang tiang pun.Dan benda itu ditegakkan dengan salah satu daripada nama-nama Aku."

[ Nama ALLAH yang dimaksudkan itu ialah sifat KuasaNya.Dengan hanya satu sahaja sifat yang ALLAH tunjukkan,maka 7 petala langit takut,lalu kaku di angkasa raya sana. ]

Tapi,kata ALLAH,"Tetapi hati kamu (manusia) tidak mampu tunduk kepada Aku,walaupun bawa mai seribu pengajaran dalam kitab Aku."

[ Bayangkan tuan-tuan,yang dikatakan langit tu,sikit punya luas ka,tapi dengan ALLAH hanya tunjuk satu sahaja sifat Dia,maka langit tu pun duduk di atas udara sana.Tetapi yang dikatakan hati manusia ni pulak,tak boleh nak tunduk kepada ALLAH walaupun beribu pengajaran yang ALLAH tunjukkan di dalam Al-Quran.

Di mukabumi ni,dalam beribu-ribu makhluk Tuhan,yang selalu buat mungkar kepada ALLAH ialah dua jenis makhluk ni,iaitu bangsa manusia dan bangsa jin.Kedua-dua bangsa ni lah yang dok buat dunia bercelaru habih.Kalau manusia tak cari pasai,geng jin ni pulak yang cari pasai,i.e. pi sampok orang ni,pi kacau orang tu.

Kemudian,kalau jin tak cari pasai,manusia pulak yang dok gatai pi cari pasai; eg,dok tak duduk pi menurun kat busut mana ka.Oleh sebab inilah,apabila mula-mula ALLAH nak buat Nabi Adam a.s.,ALLAH tanya kat malaikat,"Hangpa punya pandangan macamana dengan manusia yang Aku nak buat ni?"...Lalu kata malaikat,"Kalau buat manusia,bertumpah-darahlah manusia di muka alam ini."

Daripada sumber mana malaikat tau,walhal ALLAH belum lagi buat manusia time tu?..Maka kata para ulama bahwa sebelum diciptaNya Nabi Adam,ada satu angkatan jin yang duduk di muka alam ini.Yang mana,daripada cara hidup golongan jin ni lah,maka para malaikat membuat rumusan bahwa depa ni lah yang menjadi perosak alam ini.Sepertimana ALLAH sebut,"Kami binasakan mereka kerana dosa-dosa mereka." Dan kata ALLAH lagi,"Kami akan perosok ke dalam neraka itu,yang kebanyakkannya ialah bangsa jin dan bangsa manusia."

[ Yang dikatakan jin ni pun; ada yang tak mau sembahyang,mangkak serupa manusia juga.Menurut ustaz,ada diceritakan dalam sebuah hadis dhoif tentang perangai jin yang memang suka kacau manusia,lebih-lebih lagi dalam majlis-majlis ilmu.Dia nanti sabotaj orang-orang yang ada dalam majlis ilmu; seperti bagi mata layu supaya orang rasa mengantuk; bagi lenguh lutut; usik perut kita bagi lapaq; bagi telinga nipis; kacau pemikiran supaya bertindak tak tentu hala; maka jin seperti ini akan masuk neraka. ]

Maka kata ALLAH SWT,"Hati manusia ni,walaupun bawa mai seribu satu macam punya pengajaran dalam Quran sekalipun,hati manusia tidak akan berubah.Tetap dua bangsa ni (manusia/jin) nak lawan Tuhan juga."

[ Tuhan kata benda tu haram,tapi jin terhegeh-hegeh nak buat benda tu juga.Tuhan kata jangan kacau manusia,tapi jin nak kacau manusia juga.Tuhan kata jangan kacau jin,tapi manusia nak kacau jin tu juga....Tuhan kata jangan menari,tapi Anaconda nak kepak juga dengan Sharok Khan.....amboiiii ! Yang kata manusia ni,kepala tu cukup punya tak elok; kira nak lawan Tuhan saja.Kedua-dua jenis manusia/jin lagu ni,ALLAH nak perosok masuk dalam neraka.Nauzubillahi min zalik. ]

ALLAH kata,"Wahai manusia,sepertimana tidak akan lembut batu dalam air; demikianlah juga tidak akan lembut kerana pengajaran bagi hati yang keras."

[ Tuhan nak bagi tau bahwa walaupun bawa mai rasul/nabi sekalipun,tapi kalau dah jenis hati keras ni,depa tidak takut juga kepada Tuhan.Sebagai contoh,tuan-tuan boleh tengok dalam sejarah; Tuhan bawa mai Nabi Muhammad s.a.w. untuk bagi penerangan kepada Abu Jahal/Abu Lahab.Tara Nabi s.a.w punya dok terang kat depa ni pun,depa tak percaya; inikan pulak kita nak pi terang kat depa-depa yang se'perangai' dengan Abu Jahal/Abu Lahab; adakah depa-depa ni akan percaya cakap kita?...

Nabi s.a.w pi terang Quran kat depa,tapi depa boleh lawan balik Nabi s.a.w..Cuba tuan-tuan tengok,betapa kerasnya hati Abu Jahal/Abu Lahab ni. Maknanya,depa ni,memang Tuhan tak mau bagi hidayah.Maka sengsaralah mereka ni dunia/akhirat.

Tapi untuk hati yang lembut pula,sudah cukup dengan hanya membaca ayat-ayat Al-Quran sahaja,hatinya sudah rasa nak tunduk kepada perintah ALLAH SWT. ]

Kata ALLAH,"Wahai manusia,macamana kamu boleh mengatakan yang kamu ini hamba ALLAH? Sedangkan pada masa yang sama,kamu lawan ALLAH pula.Dan bagaimana pula kamu boleh mengatakan bahwa satu hari nanti,Tuhan akan periksa kamu dengan tibanya mati; tiba-tiba kamu tak mau mati; macamana jadi lagu tu?"

[ Tuhan dok tanya kita tuan-tuan. Dok pi mengaji merata dah.Dok baca tentang benarnya kematian itu,banyak dah; tapi pasai apa kita takut nak mati? ]

Kata ALLAH,"Kamu guna lidah kamu untuk bercakap benda-benda yang kamu takdak ilmu tentang benda-benda tu; sedangkan kamu rasa benda tu kecik.Tapi sebenarnya benda itu besar di sisi ALLAH."

[ Kita kalau nak bercakap apa pun,biarlah yang kita tahu.Kalau mai jenis yang kita tak reti,tok sah dok gatai nak pi cakap juga.Kalau kita yakin yang kita ada ilmu tentang topik perbincangan itu,maka barulah kita boleh buat perbahasan. ]

Di dalam sebuah hadis Qudsi yang lain,ALLAH SWT berfirman,"Wahai manusia,seribu satu pengajaran telah Tuhan berikan kepada kamu.Dan wahai manusia,Tuhan sudah bagi penawar,yang penawar itu boleh menyelamatkan seribu satu penyakit hati manusia."

[ Kita sebagai hamba ALLAH,jangan pula nanti dok pi ungkit kata ALLAH tak bagi pengajaran.Padahal,ALLAH telah pun memberi pengajaran kepada kita; samada pengajaran dalam bentuk ilmu ataupun pengajaran dalam bentuk seketoi Tuhan tunjuk kejadian di depan mata kita.Ini lah yang dikatakan manusia,kita kerap suka lupa; yakni ALLAH dah lama bagi pengajaran demi pengajaran kepada manusia ni.

Umpamanya,Tuhan turun bala ke atas Turki,adakah itu bukan pengajaran untuk manusia? Tuhan bawa mai kesusahan di Bosnia,adakah itu bukan pengajaran untuk manusia? Tuhan bagi kawan karib kita yang tadinya sihat elok,tiba-tiba jadi sakit dan kemudiannya mati,adakah itu bukan pengajaran daripada ALLAH untuk kita? Daripada kita senang,Tuhan bagi kita jadi susah; daripada kita tak cerdik,Tuhan bagi kita jadi cerdik; itu semua adalah contoh-contoh pengajaran daripada ALLAH,dan itu semua adalah ubat untuk orang-orang yang perlukan rawatan hati mereka. ]

Kata ALLAH,"Kenapalah kamu hanya berbuat baik kepada orang yang buat baik kepada kamu sahaja."

[ Awat hangpa tak boleh baik dengan semua orang,pasai apa? Pasai apa dalam masalah 'buat baik' ni,kita memilih orang yang tertentu sahaja untuk kita buat baik? Orang yang mai dengan kereta besaq,kita boleh layan elok; tapi orang yang mai dengan 'gerek',kita buat layan tak layan sahaja,pasai apa kita buat 'tahana' kat orang macam tu? ]

ALLAH tanya manusia lagi,"Pasai apa kamu tak boleh buat baik kepada semua orang? Kamu hanya buat baik kepada orang-orang yang sudah lama buat baik kepada kamu.Dan pasai apalah kamu hanya berhubung dengan orang yang sudah berhubung dengan kamu? Dan pasai apa kamu tak boleh berhubung dengan semua orang? Pasai apa kamu pilih orang yang tertentu sahaja untuk bercakap? Pasai apa kamu tidak memaafkan orang yang datang untuk meminta maaf daripada kamu? Kamu masih nak mempertahankan kesombongan/keegoan kamu juga?"

[ Ini semua adalah perangai manusia. ]

Kata ALLAH,"Kenapa kamu beri makan kepada orang yang sudah beri makan kepada kamu? Pasai apa kamu tak boleh bagi makan kepada semua orang? Pasai apa kamu pilih orang yang tertentu sahaja untuk bagi makan? "

[ Kalau kita nak layan orang,tuan-tuan; kita kena lah layan semua orang.Kalau kita nak layan setengah dan nak tolak setengah; pastikan kita ada sebab yang munasabah,yakni yang syarak boleh terima.Sebagai contoh; kita nak buat satu kenduri,tapi kita tak mau panggil orang yang berjiran dengan kita ni.Maka kita kena pastikan yang kita ada sebab yang syarak meluluskan bagi kita tak payah panggil dia.Misalnya,dia tak sembahyang ka,maka dengan sebab itu tak payah panggil dia pun takpa,kerana syarak memang tak mau kepada orang yang tak sembahyang.

Misalannya lagi orang yang tak payah kita jemput ialah yang jenis suka lawan Tuhan; dah lah semua perintah wajib pun dia tak buat,dia komplen pula seluruh perintah Tuhan.Maka,pastikan kita ada sebab-sebab yang syarak terima; kemudian baru lah kita boleh menghadkan kebajikan kita.Kalau kita tidak ada sebab-sebab seperti contoh-contoh tadi,maka kita kena umumkan tentang kebajikan kita. ]

Kata ALLAH,"Pasai apa kamu hormat pada orang yang sudah hormat kepada kamu? Awat,kamu tak boleh hormat kepada orang lain ka? Awat,kamu tak boleh hormat kepada semua ka? Awat,kalau nak hormat dia,nak kena tunggu dia pakai kereta besaq dulu ka? Awat,kalau nak hormat orang,nak kena tunggu sampai dia ada kuasa dulu ka? Awat,kalau nak hormat orang,dok nak kena tunggu sampai dia ada duit banyak dulu ka? Awat,hangpa buat perangai pengotor macam tu? "

[ Tuhan tanya kita pasai memang lagu ni lah trend masyarakat dunia masakini.Bila seseorang tu boleh bagi apa-apa sesuatu kat hangpa,baru hangpa nak respect dia.Tapi,bila besok dia pun tarak apa-apa,jumpa dia pun hangpa nanti tak tegur dia dah. ]

Kata ALLAH,"Sesungguhnya,diantara seorang dengan seorang yang lain,tak dak langsung kebajikan.Tidak ada langsung kelebihan melainkan taqwa di dalam dadanya sahaja."

[ Tarak apa-apa tuan-tuan; diantara orang yang naik 'gerek' buruk dengan orang yang pakai Merc,tak dak bezanya di sisi ALLAH SWT; melainkan Tuhan hanya tengok hati yang bertaqwa sahaja.Oleh sebab itu,kita yang dalam golongan orang susah ni,janganlah dok kecik hati bila tengok orang lain yang Tuhan bagi harta kekayaan pada dia; kerana Tuhan tak pandang dia punya kereta besaq/rumah besaq/pangkat besaq; tapi yang Tuhan pandang ialah hatinya yang bertaqwa. ]

Kata ALLAH,"Sesungguhnya,sebenar-benar orang yang beriman ialah orang yang beriman dengan ALLAH dan beriman dengan semua apa yang ALLAH turunkan kepada RasulNya.Orang yang beriman juga boleh buat baik kepada orang yang buat jahat kepada dia.Orang yang beriman boleh menghubungkan tali silaturrahim dengan orang yang memutuskan tali silaturrahim dengannya."

[ Eg,ada seorang yang tak mau cakap dengan kita atau tak mau tegur kita,tapi kita pula yang pi tegur dia.Tapi dalam Islam,bukanlah maknanya kita pi cakap dengan orang yang tak mau cakap dengan kita tu, supaya dia cakap balik kat kita; Islam bukan lagu tu. Maknanya di sini; hang tak mau cakap dengan aku, ini menunjukkan yang hang tak beriman; tapi aku nak cakap juga dengan hang kerana aku hanya beramal/beriman dengan hadis Rasulullah s.a.w.; itu saja. Hang jangan dok perasan pulak ingat aku nak pi menyenyeh dengan hang. Boleh paham ka? ]

Kuliyyah Maghrib disampaikan oleh Ustaz Halim Hassan di Masjid Maqbul, P.Pinang





______________________
Terbitan : 29 April 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com