Sabda Rasulullah SAW
:
Wahai Ali !
1) Orang yang
murah hati itu hampir kepada Allah, hampir kepada rahmatNya dan jauh daripada
siksaanNya. Dan orang yang kikir itu jauh drp Allah, jauh drp rahmatNya dan
hampir kepada siksaanNya.
2) Sesiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati,
nescaya Allah tuliskannya 1000 kebajikan, dihapuskan 1000 kejahatan dan diangkat
1000 darjat.
3) Bersedeqahlah untuk keluargamu yang telah mati. Allah SWT telah mewakilkan
beberapa malaikat yang akan membawa sedeqah orang yang hidup kepada orang yang
mati itu, maka sukacitalah mereka (orang mati) lebih daripada sukacitanya semasa
di dunia sambil berkata : Ya Tuhanku, ampunilah orang yang menerangkan
kubur kami dan gembirakanlah dia dengan syurga sebagaimana dia telah
mengembirakan kami dengan sedeqahnya.
4) Banyak tidur itu mematikan hati dan menghilangkan keelokan. Banyak dosa
itu mematikan hati dan mewariskan penyelesaian.
5) Jika Allah murka terhadap seseorang nescaya ia beri rezeki harta yang
haram. Apabila ia sangat murka terhadapnya, nescaya ia wakilkan syaitan yang
memberkatkan hartanya yang haram itu.Lalu syaitan itu menjadi kawannya dan
menyibukkannya daripada urusan agamanya dengan dunia, serta ia mudahkan
kepadanya segala urusan dunianya sambil berkata : Sesungguhnya Allah itu Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani.
6) Wahai Ali !
Tiada agama bagi orang yang tidak takutkanNya.
Tiada
akal bagi orang yang tidak ada pemeliharaannya
Tiada iman bagi orang yang
tidaka ada wara'nya
Tiada ibadah bagi orang yang tidaka ada ilmunya
Tiada
perikemanusiaan bagi orang yang tidaka ada sedeqahnya
Tiada keamanan bagi
orang yang tidaka ada rahsianya
Tiada taubat bagi orang yang tidaka ada
taufik baginya
Tiada kemurahan hati bagi orang yang tidaka ada malunya
7) Sebaik-baik manusia di sisi manusia ialah orang dapat memberi manfaat
kepada manusia lain. Manusia yang paling jahat ialah orang yang panjang umurnya
dan buruk amalannya. Manusia yang paling baik ialah yang panjang umurnya dan
baik amalannya. Dan manusia yang paling dibenci Allah ialah makan bersendirian
dan menegah kawannya, memukul hambanya, memuliakan orang kaya dan menghina orang
fakir. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang hidup dalam keadaan haram dan
mati dalam keadaan haram. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang panjang
umurnya, buruk amalnya dan tidak bertaubat walhal ia tamak dalam mendapatkan
keampunanNya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang menzahirkan
persahabatannya dengan seorang muslim sedangkan ia melakukan sebaliknya. Dan
yang lebih jahat drp itu ialah orang yang hilang permulaan umurnya dalam
kelalaian sedangkan penghabisan umurnya ia malas taat kepada Allah.
8) Tanda-tanda iaitu bagus jiwa dan batin kepada Allah dan bagus khidmat.
9) Wahai Ali !
Orang mukmin itu ada tiga tanda iaitu :
1) benci
terhadap harta yang tidak dapat menolongnya di akhirat,
2) benci terhadap
perempuan yang menjadi fitnah dalam agama
3) benci berkata-kata dalam hal
kehormatan manusia
10) Wahai Ali !
Orang berakal itu ada tiga tanda
iaitu :
1) menggunakan dunia untuk manfaat akhirat
2) menanggung
kekasaran orang
3) sabar atas segala kesusahan
11) Wahai Ali
!
Orang berilmu itu ada tiga tanda iaitu :
1) berkata benar
2)
menjauhkan yang haram
3) merendah diri
12) Wahai Ali !
Orang yang takut kepada Allah itu ada tiga tanda iaitu :
1) memelihara diri daripada berdusta dan berbuat buruk
2) menjauhi kawan
yang jahat
3) meninggalkan perkara yang separuh halal kerana takut jatuh
kepada yang haram
13) Wahai Ali !
Kebenaran itu ada tiga tanda iaitu :
1)
sembunyikan ibadah
2) sembunyikan sedeqah
3) sembunyikan musibah
14) Wahai Ali !
Orang yang 'abid itu ada tiga tanda iaitu :
1)
benci kepada nafsunya
2) sentiasa menghisabkan nafsunya
3)
memanjangkan berdiri mengadap Allah
15) Wahai Ali !
Orang yang soleh
itu ada tiga tanda iaitu :
1) memperbaiki perkara yang melibatkan antara
dirinya dengan Allah dengan amal soleh
2) memperbaiki agamanya dengan
amal
3) suka bagi manusia apa yang dia suka bagi dirinya
16) Wahai Ali
!
Orang yang beruntung itu ada tiga tanda iaitu :
1) makanan yang
halal
2) duduk bersama ulama'
3) solat fardhu berjemaah
17) Wahai Ali !
Orang yang mukmin itu ada tiga tanda iaitu :
1)
segera dalam taat kepada Allah
2) menjauhkan segala yang haram
3) berbuat
baik kepada orang yang berbuat jahat kepadanya
18) Wahai Ali !
Orang yang murah hati itu ada tiga tanda iaitu :
1)
memberi maaf kepada orang yang bersalah ketika ia mampu membalas kesalahan
itu
2) mengeluarkan zakat
3) suka bersedeqah
19) Wahai Ali !
Orang yang peramah itu ada tiga tanda iaitu :
1)
menghubungkan orang yang memutuskannya (persaudaraan)
2) memberi orang yang
menegahnya
3) memaaf orang yang menzaliminya
20) Wahai Ali !
Orang yang sabar itu ada tiga tanda iaitu :
1) sabar
atas taat menjalankan perintah Allah
2) sabar menghadapi musibah
3) sabar
menerima qadha Allah
21) Wahai Ali !
Orang yang bertaubat itu ada tiga tanda iaitu :
1)
menjauhkan yang haram
2) menuntut ilmu
3) tidak akan kembali membuat dosa
spt tidak akan kembali susu yang diperah ke tempatnya.
22) Sesiapa yang memerintah berbuat baik dan mencegah kemungkaran, nescaya
Allah akan menghinakan musuhnya. Sesiapa yang benar dalam segala perkara,
nescaya Allah murka kerana murkanya. Apabila seorang anak yatim menangis,
nescaya bergoncanglah 'arasy, maka diserukana : Wahai Jibril ! Luaskan neraka
untuk orang yang membuat anak yatim itu menangis dan luaskan syurga untuk orang
yang membuat anak yatim itu ketawa.
23) Jibril mengharap menjadi manusia kerana 7 perkara :
1) solat fardhu
berjemaah
2) menghadiri majlis ulama'
3) menziarah orang sakit
4)
memberi minuman
5) mendamaikan dua saudara yang bermusuhan
6) memuliakan
jiran
7) memuliakan anak yatim
______________________
Terbitan : 14 Mei 2002
Ke atas
Home