Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Murtad & Kebebasan Beragama

"Barangsiapa yg murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dlm kekafiran, maka mereka itulah yg sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." (2:217)

Ayat Al-Qur’an di atas merupakan suatu peringatan dan ancaman kpd org yg murtad, bahwa mereka akan rugi seruginya di dunia dan di akhirat. Malah Allah swt dgn tegas menyatakan di dlm ayat itu bahawa orang2 murtad itu tempatnya telah jelas iaitu di dlm neraka yg akan kekal selama-lamanya.

Kerana kemaslahatan dan kepentingan manusia, persoalan menukar agama dari Islam kepada lainnya perlu diberi kawalan yang ketat dan rapi. Orang-orang Islam tidak dibenarkan menukar agamanya samasekali. Sesiapa yang menukar juga, maka menurut undang-undang Islam hukuman yang wajib dijatuhkan ke atas mereka adalah bunuh.

Rasulullah s.a.w. bersabda;

Maksudnya:

Sesiapa (orang Islam) yang menukar agamanya maka bunahlah ia. (Riwayat kebanyakan Ahl Sunan)

Ketika Rasulullah s.a.w. menghantar sahabatnya yang bernama Mu'az bin Jabal ke Yaman di zamannya untuk menjadi hakim di sana; Rasulullah s.a.w mengingatkan Mu'az jika sekiranya kamu dapati ada orang-orang yang murtad maka bunuhlah ia.

Abu Bakar (r.a.) ketika menjadi khalifah, selepas wafatnya Rasulullah s.a.w telah memerangi orang-orang murtad di zaman tersebut. Sahabat-sahabat semuanya tidak ada yang membantah, malah turut sama memerangi orang-orang murtad itu, hingga keadaan kembali tenang semula.

Ulama lslam seluruhnya berijmak mengatakan bahawa sememangnya hukuman ke atas orang yang murtad adalah bunuh.

Murtad boleh terjadi dengan pengakuan yang jelas dari seseorang, atau dengan perbuatan yang boleh disabitkan sebagai murtad. Dalam melaksanakan hukuman yang bunuh ke atas orang-orang murtad itu bukanlah boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya. Jika berlaku kes murtad, maka pihak yang berkuasa perlu membicarakan kes-kes itu dengan sejelas-jelasnya. Sekiranya di dalam soal jawab akan sebab mengapa mereka menjadi murtad ternyata bahawa mereka telah tersalah faham terhadap Islam atau terpengaruh dengan dakyah jahat musuh musuh Islam, maka mereka boleh dianggap telah kembali semula kepada Islam dengan bertaubat setelah berpuashati dengan keterangan-keterangan dan jawapan jawapan yang diberikan kepada mereka.

Apabila Islam menghukum bunuh terhadap orang-orang yang murtad, maka persoalan sudah pasti akan timbul; tidakkah hukuman bunuh itu terlalu berat, untuk dikenakan ke atas orang-orang yang murtad.

Dengan mengatakan hukuman yang berat itu, tidakkah ianya bererti tidak ada kebebasan beragama di dalam Islam?

Bagi persoalan pertama kita perlu menginsafi bahawa seseorang yang murtad sebenarnya adalah seorang yang telah memilih jalan sesat dengan meninggalkan jalan yang benar. Bagi pemerintah Islam yang telah yakin dengan Islam sebagai jalan yang benar, apakah akan rela membiarkan seseorang itu sesat setelah ia berada di atas kebenaran. Membiarkan seseorang itu hanyut di dalam kesesatan dan kebinasaan adalah suatu kesalahan besar. Oleh yang demikian pemerintah mesti mengembalikan seorang yang sesat kepada kebenaran yang telah pun ia temui kebenaran itu. Jika tidak berjaya dikembalikan orang tersebut kepada kebenaran, maka itu bererti bahawa orang tersebut sebenarnya seorang yang membawa penyakit yang merbahaya. Penyakit itu bukan sahaja akan membinasakan dirinya seorang, malah akan membinasakan orang lain pula. Mungkin masyarakat dan negara seluruhnya. Oleh yang demikian apakah wajar orang tersebut akan dibiarkan untuk ia memusnahkan dirinya dan masyarakat juga negara. Atau akan dicari jalan yang paling ringan untuk mengatasi masalah itu. Yang paling ringan ialah membunuh orang itu, supaya terselamat orang lain dari bahaya yang dibawa olehnya.

Dalam hidup kita sehari-hari, kita selalu melihat ada anggota-anggota badan manusia yang berpenyakit dan cacat dipotong oleh doktor kerana telah diyakini bahawa jika anggota yang cacat itu tidak dipotong maka akan merebak ke anggota lain yang sihat. Begitu juga kita melihat ada manusia yang dihukum bunuh kerana kesalahan-kesalahan tertentu yang perlu dihukum bunuh, yang jika tidak dibunuh maka masyarakat akan terancam. Jika kita telah menerima semuanya itu maka demikian juga dengan masalah menghukum bunuh orang yang murtad itu.

Bagi persoalan yang kedua bersabit dengan kebebasan beragama, maka perlulah difahami terlebih dahulu benar-benar bahawa yang sebenarnya tidak ada di dalam dunia ini apa yang dinamakan kebebasan mutlak. Apa yang disebut sebagai kebebasan di dalam dunia ini semuanya terikat. Sekiranya kebebasan tidak terikat atau disekat maka akan hancur leburlah masyarakat seluruhnya. Sebagai contohnya. Di dalam negara demokrasi setiap rakyat bebas bersuara dan bebas mengeluarkan pendapat. Akan tetapi apakah apa sahaja dapat disuarakan dan apa sahaja jenis pendapat boleh dikeluarkan? Tentu sekali tidak, begitulah juga dengan contoh contoh yang lain. Demikian juga halnya dengan kebebasan beragama. Ia bukan bererti bebas sebebas-bebasaya dalam beragama sama ada hendak menganut satu agama atau meninggalkan sesuatu agama dengan mudah tanpa sekatan. Kebebasan beragama di dalam Islam bererti seseorang itu sebelum ia memeluk agama Islam ia bebas beragama apa sahaja. Bebas pula mengamalkan ajaran-ajaran agama yang ia anut. Ia juga bebas sama ada untuk memeluk Islam atau pun tidak. Dalam Islam tidak boleh dipaksa seseorang itu memeluk Islam. Akan tetapi sebelum memeluk Islam hendaklah difahami benar-henar bahawa apabila telah memeluk agama Islam maka tidak lagi boleh keluar dari agama itu. Jika ia keluar juga maka hukuman telah ditetapkan seperti yang tersebut tadi.

Contoh kebebasan seperti yang disebutkan di atas bolehlah dicontohkan dengan kebebasan warganegara Malaysia, sama ada hendak menyertai perkhidmatan polis atau tentera, bagi orang yang layak dan peluang terbuka untuk berhuat demikian. Menyertai perkbidmatan polis atau tentera adalah bebas. Akan tetapi setelah menerima perkhidmatan itu dengan segala syarat-syaratnya, apakah seseorang itu akan bebas sama ada hendak mengikuti arahan-arahan atau pun meninggalkan perkhidmatan itu dengan sewenang-wenang. Kita semua faham bahawa setelah menerima dan memasuki perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan, undang undang dan peraturan menjadi pengawal utama yang mengikat kebebasan seseorang, sesiapa yung melanggar peraturan-peraturan tersebut maka ia tetap diajar hukum. Demikian dengan kebebasan beragama di dalam Islam.

[Manusia & Islam by Prof Dr. Harun Din]






______________________
Terbitan : 1 Sept 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com